SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
LAYANG-LAYANG
SMK LAYANG-LAYANG,
81850 LAYANG-LAYANG,
JOHOR
Di awal penubuhannya, sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Rendah
Layang-Layang sempena lokasi sekolah di daerah Layang-Layang.
Perubahan masa dan pertambahan jumlah pelajar hingga ke tahap SPM,telah
merubah nama kepada Sekolah Menengah Layang-Layang. Nama sekolah sekali
lagi mengalami perubahan apabila Kementerian Pendidikan mengarahkan
semua sekolah Menengah menggunakan nama “Kebangsaan” sebagai nama rasmi
iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang.
SMK Layang-Layang telah dibuka secara
rasmi pada 1 Januari 1984. Pada awalnya sebuah “bangunan kilat” (pasang
siap) yang mengandungi enam bilik darjah telah dibina di kawasan Sekolah
Kebangsaaan Pekan Layang-Layang. Empat buah bilik darjah telah
digunakan untuk menampung empat kelas peralihan. Sebuah bilik dijadikan
makmal sains dan sebuah lagi sebagai surau. Empat kelas tingkatan satu
terpaksa menumpang di bangunan induk SK Pekan Layang -Layang. Ketika itu
persekolahan terpaksa dijalankan pada sesi petang. Walaupun SMK
Layang-Layang terpaksa menumpang di SK Pekan Layang-Layang selama
setahun dan segala peralatan sains serta buku teks telah dipinjam dari
SMK Datuk Haji Hassan Yunos, Renggam namun akhirnya ia dapat berdiri
megah sebagai sebuah sekolah yang mempunyai prasarana lengkap seperti
sekarang. Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang telah dirasmikan
oleh
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Pemangku Sultan Johor, pada hari Rabu 15 Februari 1989 Masihi bersamaan 9 Rejab 1409.